Sunday, December 14, 2008

Selamat Menyambut Tahun 2009

2009 akan menjelang tiba, setiap indivudu akan bersiap sedia menutup cerita 2008 dan membuka capter baru 2009. Banyak perkara baru dirancang bagi peningkatan diri dan keluarga serta anak-anak (jika ada). Dengan keadaan persekitaran yang agak selesa akan memberi kelancaran kepada apa yang telah diprogramkan. Ini termasuklah urusan perniagaan, kemajuan kerjaya, peningkatan pelajaran dll.

Kegairahan harga bahan api (petrol) yang rendah akan merancakkan aktiviti yang dilakukan. Masyakat di negara ini (Malaysia) cukup berpuas hati dengan keadaan seperti ini. Perlu diingat lagi adakah perkara ini kekal atau buat sementara sahaja?... Bagaimanapun harga bahan lain termasuk makanan terus melambung naik tanpa kawalan. Adakah kita sedar akan semua ini? Tindakan berhati-hati masih perlu diamalkan supaya kita tidak tersungkur sekiranya keadaan berubah. Banyak lagi yang perlu kita berwaspada, keadaan hari ini tak akan kekal sekiranya kita sendiri tidak mengekalkannya.

No comments: